Hi Fu Training
Guideline Persediaan & SOP Staff untuk Rawatan HIFU (Sebelum / Semasa / Selepas Treatment)
1. Sebelum Rawatan – Persediaan Mesin & Bilik
Pastikan mesin HIFU dalam keadaan baik dan boleh berfungsi.
Cek plug, kabel, adapter & sambungan elektrik — pastikan tiada longgar / rosak.
Pastikan cartridge dipasang kemas & betul pada handpiece.
Semak setting cartridge ikut treatment area (shot level / depth / mode).
Buat test shot pada test pad / ikut SOP mesin untuk pastikan tenaga keluar normal.
Sediakan gel secukupnya.
Sediakan tisu / towel / headband / kapas.
Pastikan bilik treatment bersih, kemas & selesa.
Katil treatment stabil & customer selesa baring.
2. Semak Keadaan Customer Sebelum Start
Tanya customer ada sakit / luka / jerawat aktif / kulit sensitif tak.
Tanya history rawatan sebelum ni (filler, botox, surgery dll kalau perlu ikut SOP).
Terangkan rasa treatment:
rasa berdenyut sikit
rasa panas / tingling ringan
normal kalau rasa ngilu sikit
Minta customer relax & jangan terkejut bila shot bermula.
Maklumkan customer supaya bagitau terus kalau terlalu sakit.
3. Persediaan Kulit Customer
Bersihkan muka dengan betul.
Buang makeup / sunscreen / minyak.
Keringkan muka dengan bersih.
Sapukan gel secukupnya:
jangan terlalu nipis (tak smooth)
jangan terlalu tebal (ganggu shot)
4. Semasa Rawatan – Cara Pegang Handpiece & Keselamatan
Pegang handpiece dengan kemas & stabil.
Jangan pegang sambil longgar / sambil main-main.
Pastikan grip kuat.
Jangan angkat handpiece terlalu tinggi dari muka customer masa shot.
Handpiece mesti sentuh kulit dengan betul sebelum tekan shot.
Elak tekan shot bila handpiece tak contact penuh.
Buat shot ikut flow yang betul.
Jangan overlap terlalu banyak di kawasan sama.
Jangan terlalu laju — buat perlahan & kemas.
Sentiasa tengok reaksi customer:
kalau customer terkejut / terlompat, stop sekejap
tenangkan customer dulu
Jangan panik kalau customer bergerak — pause dulu.
5. Penjagaan Mesin Semasa Treatment
Jangan biar handpiece terhempas / jatuh.
Jangan letak handpiece merata-rata.
Bila pause:
letak atas tray / holder yang selamat
Elak kabel tertarik / tersangkut.
Pastikan staff fokus:
jangan sembang / distracted masa shoot
6. Selepas Rawatan
Bersihkan gel pada muka customer.
Check kulit customer:
kemerahan ringan normal
tiada iritasi teruk
Sapukan soothing product / sunscreen jika perlu.
Bagi aftercare:
minum air cukup
elak panas melampau / sauna
jangan urut muka kuat-kuat
Maklumkan customer hasil:
lifting instant ringan boleh nampak
full result ambil masa ikut collagen response
7. Penjagaan Mesin Selepas Guna
Bersihkan handpiece & cartridge ikut SOP.
Lap mesin dengan kain bersih.
Simpan handpiece di tempat selamat.
Tutup mesin dengan betul.
Catat usage shot / rekod customer jika perlu.
Paling penting:
Rawatan HIFU perlukan fokus, tangan stabil, setting betul & komunikasi dengan customer.
Silap handle boleh sebabkan customer terkejut, treatment tak smooth, atau mesin rosak.
Training Video Hi Fu Treatment.
Selepas cuci muka. baru buat hifu.
video2 akan diupload lagi nanti
Sambungan bahagian sebelah muka lagi. Ada gangguan dari segi audio
Akan upload lagi video nanti